Tuesday, 15 November 2011

Welcome

Tadaaa, selamat sudah blog baru aku ni dihasilkan.kiki..Terasa ingin menulis semula dan berkongsi cerita diblog kembali menjenggah di hati aku sejak 2 menjak ni kan~
Well, dah lama tak berbloger la katakan. Malas dan terasa semak dengan blog lama maka terlahirlah blog "KISAH DONGENG AKU" ni. Maaf ya blog lama. (Kejam tak kejam sangat la)
Orang kata kisah lama biar jadi kenangan tapi, jangan dilupakan, buat pengajaran ye adik2.huhu.


                              
Hari ini, hari ke 15 bagi bulan ke 11 dalam kalendar aku. Dan merupakan hari ke 168 aku ber-praktikal di TAMs. Ketika inilah aku boleh berjimba-jimba untuk meng-update blog kerana baru di transfer-kan ke Accounting department. SANGAT MENYEDIHKAN.! Jujurnya aku merindui Tax department. Kah3. Sangat la kan~

*****

 
Baru sebentar tadi Bos panggil aku ke ruangan biliknya. Aku dah agak apa yang akan dipersoalkan ke aku nanti. Memang tepat sangkaan aku. Pehhhhhhh, memang malas la tuk aku menyuarakan jawapan aku nanti kan. Di dalam benak aku memang tak nak sambung bekerja semasa cuti semestar bulan depan. MUKTAMAT. Tolong la faham! Bila dah demand xnak kasi pulak..brrrrrrrrr, xmungkin la aku sambung di sini kalau macam 2. Wahai bos yang baik hati tolong la ye mengerti aku memang tak mahu sambung. Harap maklum. Bukan sekali dah aku menyuarakan jawapan aku berserta demand aku yang tak seberapa. Tapi bos tetap di takuk lama mengharapkan aku bekerja tanpa ambil kira kebajikan aku sebagai pekerja. Maka aku tetap dengan keputusan aku. Say NO to .........~~~


P/S: Kalau satu hari nanti aku berjaya menjadi seorang BOS, perkara pertama sekali yang akan aku titik beratkan adalah kebajikan pekerja. Tanpa pekerja siapalah BOS kan~ Macam yang aku selalu kata kat Ibu angan- anganlah yang menjadikan siapa aku sekarang. Tapi, bukan angan-angan mat jenin ye..haha

No comments:

Post a Comment