Saturday 21 January 2012

Apabila perempuan menjadi mat despatch


Nahhhh, penangan perempuan. Ternyata perempuan sekarang lebih advance. Terbukti apabila perempuan juga mampu melakukan perkejaan lelaki. Ye idak? HAHA.
CE korang tengok perempuan sekarang ada yang jadi CEO, driver bus, driver lori dan sebagainya. Betul tak yang perempuan sekarang lebih advance. Mengakulah wahai kaum adam, janganlah anda menidakkan hakikat ini. Cehhhh~ pffffttttt.

Seperti yang sedia maklum, dan pada yang belum dimaklumkan lagi, aku sedang bekerja secara part time di satu  syarikat courier. Biasalah syarikat courier sentiasa busy dengan penghantaran. Pagi ini ada document yang perlu dihantar di syarikat yang 1 bangunan dengan bangunan tempat aku bekerja. Lebih kurang 3 documents. Oleh disebabkan semua rider busy menghatar document-document kat area masing-masing dan kebetulan Wan yang sentiasa ada dekat office pun melesapkan diri bersama boss. So, terpaksalah aku membanting tulang untuk menghantar document tersebut SENDIRI (sengaja nak highlight) . Hadoi, terpaksalah aku menjadi penghantar surat hari ini. Bukan sekali aku menjadi mangsa menghantar document, tapi dah 3 kali sebenarnya. Ramai yang menegur. 

Haish, sejak bila ada rider perempuan ni? 

Terpaksa. Spontan aku menjawab.

Aku pun memulakan misi dengan menaiki lift ke tingkat ke 27. Bayangkan kalau aku menaiki tangga ke tingkat 27, pasti sampai je di tingkat 27 badan ku sudah merangka je. (tipu la tu) HAHA, alasan orang pemalas namanya tu. Aku pun mula mencari-cari dimana lokasi syarikat berkenaan. Haa..jumpa pun. Maka aku pun memulakan langkah dengan agak confident tuk memasuki ke dalam syarikat berkenaan. TING_TONG. Bunyi bell kedengaran menandakan aku sedang menekan butang bell. Dan Seorang wanita India melemparkan senyuman ke arah aku sambil membuka pintu secara automatic dari tempat duduknya. 

Morning Miss, I nak hantar document. bicara aku secara lembut (ayu gitu) HAHA

Ok, nak chop ya? tanya wanita India tadi.

Yes, Chop dekat sini ya. Balas aku sambil menunjukkan tempat yang perlu di chopkan. 

Tiba-tiba ada suara garau berkata-kata. Cik Adik mari masuk dalam ni. Meh, abang chopkan tuk adik.

Eh tak apa, biar abang yang chopkan, meh duduk sini, sahut lagi satu suara. 

Amboi gatal tul mamat 2 orang ni, nasib baik handsome. desis aku di dalam hati. Aku hanya menoleh ke arah mereka sambil tersenyum malu. (malu la konon-kononnya) Mentang-mentanglah aku ni perempuan yang hantar surat senang -senang je korang nak ejek aku en. It's ok! HUH!

Eh, bukan tadi baru bini kau call ke? balas seorang kakak yang aku kira office-mate kepada mamat 2 orang tadi. (dalam keadaan bergurau) 

Haa, kan dah terkena balik. Padan muka. Suka aku. HAHA.
Selesai sahaja wanita India, meng-Chop document tadi aku pun terus blah. Tak tahan rasa macam diperli-perli je. HUHU. 

Datang lagi adik manis, teriak abang office tadi. 

WTF, pfffffftttttttttt~ Haish, misi seterusnya tingkat 25, 17 dan 3. Macam-macam ragam lah mausia ni. APTB~ Sampai je di lokasi terakhir yakni di tingkat 3, Receptionist pulak tak ada di tempat duduk dia. Terpaksa lah aku tunggu. lebih kuarng 15 minit gak la aku tunggu. Sampai lah rider dari company lain pun datang. Ahhhh, lama sangat kan baik aku blah je. bai~

P/S : Rasa bangga jap, sebab aku mampu wat kerja yang orang lelaki buat. #korangadake? Kerjalah dengan pekerjaan yang halal walau seburuk mana pun orang pandang kita tetap perlu berbangga. Yang penting kita tahu wang dari hasil titik peluh kita tu halal. Dan jangan berbangga dengan wang yang tidak halal kerana itu langsung tidak mendapat keberkatan dari allah. Berbanggalah selagi anda masih dilandasan yang benar. 


Sunday 15 January 2012

KISAH SEORANG SAHABAT DAN KESENGALANNYA

Aku pasti semua orang dalam dunia ni penah mengalami keadaan dimana "tidak menyedari apa yang dipertuturkan oleh lidah semasa berkata-kata". Dalam kata lain, tak perasan yang korang sedang mengarut sedangkan korang berbicara dalam keadaan serious dan tiada unsur humor di situ. Korang still tak faham? Hadoi, aku pun tak tahu yang aku tulis ni boleh difahami atau tidak. Al-maklum lah aku bukanlah pakar bahasa untuk menterjemahkan sesuatau perkara dalam satu bentuk ayat yang mudah difahami oleh manusia. Kejadian ini pernah berlaku dekat aku dan kawan aku, Haziq. Haziq merupakan salah seorang kawan baik aku yang mempunyai taik lalat manis dan hidup sebesar chip chocolate, chipsmore di pipi sebelah kanan. SO SWEET !HAHA. (suka hati je nak kutuk taik lalat dia. hopefully, dia tak jumpa blog jahanam neh)

Al-kiasahnya begini. Pada suatu malam yang dingin, oleh kerana kebosanan aku pun mengajak Haziq keluar Karoke di KTV, Klang Parade. Kami pun berjimba-jimba selama sejam berkaroke. Setelah selesai berkaroke perut pun minta di isi. Haish, perut ku sayang, lapar memanjang erk kau neh. Badan kecil tapi berselera besar. APTB~

Maka aku dan Haziq membuat keputusan untuk melantak di Restaurant Tom Yam (Nama Restaurant lupa la, lokasi bersebelahan dengan Restaurant Afnan Tom Yam, Batu Belah). Setibanya di lokasi kami pun memilih untuk duduk di luar sambil mengirup udara segar. Act, supaya senang Haziq nak smoking. Hadoi! 
Setelah melabuhkan punggung di atas kerusi, dengan segera pelayan perempuan datang menghampiri meja kami untuk mengambil order. 

Nak makan pe? pelayan perempuan itu bertanya.

Seperti kebiasaan Haziq yang order, sebab aku memeng tak pandai nak order makan neh. HAHA. Macam ni punya orang pun adakan. Tipulah tu. HAHA mengata diri sendiri.

Bagi nasi putih 2 orang makan, blaaa..blaaa..blaa.. (tak ingat menu yang di order) 

Kak boleh tak buat telur dadar tapi tak payah letak telur? tanya Haziq.

Aik, Haziq nak wat lawak ke ni. tapi muka serious gila pulak, desis hati aku. Aku dah tahan gelak sebenarnya. 

Pelayan perempuan pun jawab, Tak boleh la bang.

Haish, kenapa tak boleh plak. Boleh ke tak buat ni.? tanya Haziq lagi sekali dengan muka yang lagi serious. 

Pelayan perempuan tu hanya boleh senyum je sambil memandang aku yang sedang menahan gelak. 
Dan sekali lagi Haziq bertanya,

Kak boleh ke tak buat telur dadar tak payah letak telur? 

Sampai tiga kali Haziq repeat the same question. Aku dah Tak leh bertahan lagi. Sambil tergelak aku bertanyakan kepada Haziq,

Are you serious nak telur dadar tak payah letak telur? Jangan nak buat lawak la you oi. 

Haziq pun seakan-akan tersentap dari lamunan bila aku berkata sedemikian. HAHA. Baru dia perasan yang dia dah salah cakap. Aku dan pelayan permpuan tu pun terus gelakkan Haziq berdekah-dekah. 

Sorry kak, sebenarnya saya nak telur dadar tapi tak nak letak bawang. Tersalah cakap la pulak. Blur tol. Sorry sangat-sangat ye. kata Haziq yang tengah malu. 

Aku pulak memang dah tak boleh cover gelak. Aku rasa dah macam nak gelak bergolek-golek atas lantai ni je. Cian kat Haziq kena gelak ngan aku kaw-kaw punye malam tu. Siapa suruh melalut-lalut lagi. Memang kena bahan ngan aku je lah lepas ni. 

Dah la tu you, I dah malu gila neh. bicara Haziq. 

HAHAHA. Masalah sampai sekarang aku teringat walaupun dah setahun berlalu. Bila aku duduk sorang-sorang mesti teringat kisah ni dan aku akan tergelak sorang-sorang. Memang sengal lah. HAHA. :P

P/S: Buat Haziq, I mintak Maaf la ye. I tiba-tiba teringat kisah ni. And tertimbul pulak idea untuk mengupdated cerita ni dekat blog peribadi I ni. Kalau you terjumpa blog ni, jangan marah ya. I mintak maaf awal-awal. Kalau tak jumpe lagi bagus. Boleh I kutuk You selalu. :P













Thursday 12 January 2012

Mulut kata tidak, hati kata ya!!

As human being, aku pasti semua orang pernah rasa seperti ini kan!!!! Samalah..Sebab aku pun manusia gak! pfffftttttttttttttt~

Huru-haralah aku rasa sekarang!

#Apapuntakboleh#

k, bai~

Monday 2 January 2012

PERMINTAAN HATI DIAMBANG 2012.

Hari ini jatuh kepada tanggal ke-2 pada tahun baru 2012. Tak terlambat rasanya tuk aku mengucapkan selamat tahun baru kepada seluruh penduduk bumi. Tutup buku lama dan buka buku baru. Semoga tahun 2012 lebih mendapat pengisian dan lebih baik dari tahun 2011. Ameen~

31/12/2011- Peristiwa dan incident yang tak mungkin dapat aku lupakan. Kerana apa? Sebab ini merupakan gaji aku yang pertama sejak bergelar pekerja. HAHA. Syok la? Of'coz la syok KAN~ :D
Bukan itu saja yang nak aku kongsikan hari ini. Ada lebih lagi. Nak tahu? So, rajin2 kan lah membaca entry aku yang sangat yang membosankan neh. :( Tak cakap pun dah tahu. Hadoiiiiii~

* * * * * * * * * * * * * *

Bekerja pada hari Sabtu bukan sesuatu yang mengembirakan buat aku. Tapi apakan daya, demi mencari sesuap nasi aku terpaksa juga memaksa kan diri untuk membuang perasaan malas jauh, sejauh yang boleh. Cewahhhh~ HIHI. Sementara menunggu semua rider pulang aku terasa "sesuatu". Aku rasa nak ke tandas. Maka aku pun beRlalulah ke tandas dengan langkah yang panjang. Ketika kaki aku mengorak langkah ke tanda tiba-tiba hati aku berdetik tentang sesuatu. "Harap-harap orang yang keluar dari lift ini adalah jodoh aku". GLUPPP! Memang SENGAL lah permintaan hatiku ini. Ketika itu aku menungu penuh perasaan kot-kot pintu lift terbuka dan Prince Charming keluar. Tapi hampa hati ku. Pintu lift tidak terbuka. It's ok darling. Maybe lepas keluar toilet nanti baru jumpa gamaknya~ Aku cuba memujuk hatiku yang lara ini. Maka aku pun meneruskan hajatku untuk ketandas dengan hampa yang melanda.

Selesai dengan misi ku di tandas, aku cepat-cepat melangkahkan kaki tuk keluar dari tandas. Aku dah panasaran tuk melihat pintu lift terbuka. Harapan tuk jumpa jodoh lah katanya, (permintaan hati punya jodoh) Banyak la kau punya jodoh hati oiiiii~ phuiiiii. Tapi malangnya pintu lift tetap juga tidak terbuka. Hampa lagi sekali. Aku pun meneruskan langkah dengan sayu dan perlahan sekali. TIBA2, TINGGG~pintu lift terbuka. Dan aku menoleh ke belakang. (dibuatnya keling yang keluar tak ke mampos di buatnya, TAK MUNGKIN jodoh aku keling) Bongok punya hati. buat permintaan yang bukan-bukan.

Satu susuk tubuh yang tinggi lampai keluar. Dan dia hanya seorang sahaja yang keluar dari lift tu. ADAKAH DIA JODOH AKU? Aku perhatikan susuk tubuh itu tuk mendapatkan kepastian siapakah gerangannya~

"OH, Damn!" Hati aku berbicara.

"Dia ke jodoh aku?". Persoalan yang tak mampu di jawab. Hanya Allah yang boleh merungkaikan rahsia yang diciptakan oleh-Nya untuk aku.

Orang yang keluar dari lift tu memang seorang yang sangat aku kenali dan rapat dengan aku. Pahit, susah, payah pernah kami tempuhi dan lalui bersama. Aku dan dia tak pernah se-pendapat dan selalu bergaduh. AHHH, kenapa dia. Bertenaglah wahai hati, Jodoh di tangan tuhan dan dia telah merencanakan sesuatu yang baik dan  penuh hikmah tuk semua umat-Nya. Dan ini hanyalah permintaan hati sahaja~

Aku pun meneruskan langkah aku dengan laju tanpa menoleh ke belakang lagi. Dia menuruti langkah aku dan dapat mengejar langkah aku.

"Uit, Budak Poyo".

Siot dia panggil aku budak poyo. "Bencinya". Hati ku berkata-kata.


P/S: 2 lah hati selalu mintak yang mengarut-ngarut. Nasib baik bukan abang Negro yang keluar dari lift 2.HAHA. Apa-apa pun aku tetap sayang semua kawan-kawan aku. Dan jika Dia atau siapa2 yang jadi jodoh aku, aku terima dengan ikhlas. Terima kasih Ya Allah kerana menganugerahkan keluarga yang sangat menyayangi aku.