Wednesday 28 December 2011

FIRST DATE!

Haa, jangan terkejut berok membaca title post aku hari ni. Cam ne aku leh dapat idea tuk post entry hari ni erk? Ni semua sebab DJ radio HITZ.fm yang namanya di rahsiakan. TETTT~huhu. Actually, da lama gak idea ni bersarang di otak aku. Baru sekarang aku mempunyai masa tuk meng- update blog oleh kerana ke-bizi-an ku dengan kerja Part time di Centro.

First date merupakan perkara biasa yang di lalui oleh pasnagan yang baru mula berjinak-jinak untuk ber-couple. Terutamanya remaja-remaja yang terjebak dengan CINTA MONYET. Kesian bercinta dengan monyet ye, EH! bukanlah. HAHA. Sebegitu juga aku yang pernah menjalani zaman remaja. Tuk pengetahuan pembaca blog ni, (2 pun klu ada orang yang baca, phuiiihhh) aku masih lagi seorang remaja sehingga ke hari, masa, jam, saat ini.

Ketika itu darah muda aku mengalir laju dan membuak-buak dengan perasaan yang di katakan "cinta monyet" tuk bertemu kekasih hati (katanya lah, ALAHAI). Pagi itu aku terjaga awal tuk date pertama. Bersiap dengan mengenakan baju long sleeve berjalur melintang berwarna Pink and Grey, dipadankan dengan white boot cut pants serta tudung putih. Pagi-pagi lagi sudah terpacak di hadapan pintu pagar (lokasi dirahsiakan) tuk menanti kedatangan buah hati. Tepat jam 10 pagi, buah hati (A bukan nama sebenar) tiba dengan menaiki motosikal EX5 yang terkenal di kalangan remaja ketika itu. Kerana hanya itu yang mampu di miliki. Si A mengenakan T berwarna brown dan jeans lusuh. Masih kuat memori ku ini walaupun dah bertahun-tahun kenangan ini berlalu.

Aku pun melabuhkan punggung di tempat duduk belakang. Selesai. Sebenarnya itu lah kali pertama aku membonceng motosikal. Agak cuak sebenarnya. Perjalanan ke (lokasi di rahsiakan) tetap diteruskan walaupun muka aku ketika itu sangat lah cuak KAN~ Hadoiiiii. Tiba-tiba cik abang A bersuara.

"Honey, Bie rse nak singgah Shell kejap, nak isi minyak." Cewah, jeles tak u'olls~HAHAHAHA.

"OK."

Setibanya di Shell yang berkenaan, belum sempat enjin motor dimatikan, aku telah melangkah turun. Ye la katanya nak isi minyak, takkan aku nak bertenggek atas moto. KAN~ Perkara yang berlaku seterusnya ini lagi membuat aku lebih berasa CUAK yang teramat sangat. Tiba-tiba cik abang A bersuara lagi.

"Eh, tak jadilah nak isi minyak."

Dan terus berlalu pergi bersama-sama motosikal kapcainya (hamek ko dapat kapcai terus) tanpa menyedari tiada penumpang di belakang. Cis, dia sama sekali tidak perasan yang aku telah turun dari motorsikalnya itu. Boleh dia berlalu pergi macam itu sahaja. Aku hanya mampu memandang sekeliling. MALUNYA bukan kepalang. Nasib baiklah muka aku di lindungi oleh topi keledar. Aku perasan di dalam sebuah kereta Saga berwarna biru, terdapat sebuah keluarga sedang rancak bergelak ketawa sambil anak mata mereka memerhatikan aku. CHILAKE, punya keling, gelakkan aku yea~Ada Aku Kesah!!!

Ini bukan cuak lagi dah, tetapi kemarahan yang amat sangat dirasai di dalam hati. MEMBARA-BARA api kemarahan aku dekat cik abang A ni. Aku tak dapat berbuat apa-apa. Nak call cik abang A pun tak dapat kerana handphone aku berada di dalam beg yang telah berada di dalam raga motosikalnya ketika memulakan perjalanan lagi. Aku hanya dapat melihat dari jauh cik abang A berlalu pergi. Boleh dia bercakap seorang diri. Tidak pelikkah yang tiada orang menyahut perbualan kau itu Sengal! Dan takkan tak rasa orang yang duduk di belakang kau tu lenyap. Haih, menyirap tul aku ketika itu.

Oleh kerana duk asyik bercakap dengan diri sendiri, baru cik abang A perasan yang aku tiada di belakangnya. Dia melemparkan pandangan dan senyuman ke arah aku sambil menepuk dahinya.

CHILAKEEEEEEE~opsss t'kasar plak!

Cik abang A pun membuat pusingan U dengan segera. Muke aku time tu pun da merah padam sebab menahan ke-malu-an yang teramat sangat. Setibanya Cik abang A ke tempat aku berpijak di atas bumi yang berbumbungkan langit, dengan pantas tangan aku menyambar tangan berlemak cik abang A untuk di cubit dengan sepuas hati.

ADUHHHHH~ Belum puas hati aku mendengar. Hilang mood terus nak keluar dating. POTONG STIM~hahahahahahhahhahaha.

Sesudah itu, aku pun mempercepatkan langkah untuk menaiki motosikal. Bukan kerana apa, aku dah tak sanggup tuk melihat keluarga keling mentertawakan aku gara-gara cik abang A yang sangat ke-sengal-an tuh! Perjalanan pun diteruskan untuk tujuan date yang memang tak mungkin aku lupakan. First date yang memang tak boleh blah gila! KORANG ADE?kikikikikikiki

P/S: Pesanan tuk dirisendiri, Cinta abadi hanya pada ALLAH s.w.t. Now aku single. Dah serik dengan cinta. Tunggu rombongan meminang je ni. hahahahaha..Tapi, ada ke orang yang nak meminang aku ni? Bercinta lepas kawen bahagia KOT, macam cerita Adam Maya. Soooo Sweet~aku nak cam tu. Boleh?