Kisah ini belaku ketika aku masih di sekolah rendah. Suatu petang, kedengaran bingit dari kelas 4 Khalid Al-Walid. Tiga sekawan kelihatan sedang khusyuk bermain batu seremban. Al-maklumlah peperiksaan pertengahan tahun baru sahaja berlalu. Aku, Zuhaili dan Roslinda bersungguh-sungguh tuk membukitkan siapakah sebenarnya jaguh batu seremban Kg. Melayu Subang ketika itu. Masing-masing memasang strategi tuk menumpaskan pihak lawan. Walaupun kami merupakan kawan baik tetapi, dalam pertarungan ini masing-masing berkelakuan seperti musuh. Ketika sampai sahaja turn aku tuk mempamerkan skill, Zu membisikkan sesuatu ke telinga Ros. Tetapi bisikan itu bukan merupakan bisikan biasa. Boleh didengari oleh aku kot.
Zu: Ce ko tengok dia main. Sampai besar biji mata dia.HAHA (sambil menjenggilkan biji mata supaya kelihatan besar)
Ros: Memang besar la.HAHA (pun turut membesarkan mata)
Siot gile.
Memang bedebah la kan kawan baik aku cuba tuk psycho aku. Walaupun aku dengar bisikan yang sangat mendebahkan tu, aku mampu mengendahkannye. Dah memang hakikat aku memiliki sepasang mata yang besar pe nak diheran kan~ Hakikatnya aku tahu kawan-kawanku mencemburui ku kerana kecantikan mata ku yang besar ni. KAN~
Tapi akhirnye aku tumpas jua~Chilake..
Ros memulakan pergerakannya dengan penuh rasa bangga. TIBA-TIBA, aku mendapat satu idea yang sangat kejam. Ros masih menyelesaikan percaturannya itu seperti orang yang bertanding dalam pertandingan kalah mati. Macam la kalah game batu seremban ni mempertaruhkan hidup mati ko kan. Begitu serius sekali kiraan aku. Aku hanya mampu memandang sinis sambil memikirkan idea jahatku yang sedang berenang-renang dalam kotak fikiran ku. Ros hampir ke point pertama. Aku memang tidak berpuas hati begitu juga dengan Zu kerana riak mukanye menunjukkan dengan jelas rasa ketidak puas hatiannye itu. Ha, aku kira ini lah masa yang sesuai untuk melaksanakan rencana jahat aku ini. Ketika sedang asyik Ros mempamirkan aksinya yang acha-acha jagohan itu aku memangil dia dengan nada keras sekali.
ROSSSSSS!
Terkejut, terperanjat dengan teriakan aku itu Ros terlopong melihat aku. Begitu juga dengan Zu. Aku mempamerkan muka yang sangat jelik dan huduh. Mata aku julingkan dan mengeluarkan gigi atas kedepan seperti gigi jongang. Ce korang bayangkan (Ala macam Halimah jongang tu la). Ros kelihatan tersentap dengan perbuatan aku, dan tumpas di situ. GAME OVER! Aku menjadi bangga. Tapi Ros begitu tersentap dengan perbuatan aku yang sangat tidak berperikemanusiaan. CISSS, aku sungguh menyesal kerana mengejek Ros yang sememangnya bergigi jongang. AMPUN~ Sekurang-kurangnya aku Berjaya dengan strategi aku.KAH, KAH, KAH. Sungguh kejam.
Sampai pula giliran kawan kita Zu. Baru sahaja memulakan permainan kelas sudah mula menjadi sangat kucar-kacir. Rupa-rupanye Ustazah sudah masuk kelas da. Nasib ko baik Zu, kalau tak ko pun jadi mangsa tomohan aku. HIHI, aku hanya tersenyum sinis memandang muka Zu yang tak sempat mempamir aksi. KEMPUNAN~
Tiba-tiba...
Satu suara besar berteriak.
“BANGUN SEMUA, ASSALAMUALAIKUM USTAZAH.” Suara ketua darjah aku da, dah tak ingat nama dia. Kikikikikiki.
Kelas pun berjalan seperti biasa.
******************************
No comments:
Post a Comment