Wednesday 23 November 2011

HUH! KOYAK???

Ruangan di tingkat 1 TAMS sunyi sepi. Kelihatan Staff sedang khusyuk dengan hal masing-masing. Ada yang menyelesaikan tugas, ada yang asyik melayari laman sesawang, dan ada juga yang melayani leteran DJ radio yang mencece-cece kononnye menghiburkan hati pendengar. Aku dan Ida pula sedang berhempas pulas memerah otak tuk menyiapkan satu set akaun. Sedang aku khusyuk mentelaah document-document dan imbois-imbois(invoice in English), TIBA-TIBA, satu lembaga hitam muncul betul-betul di tepi aku. Mak ai, terkejut aku mengalahkan beruk.

“Excuse me Tasha, can you help me open the cabinet? I tried to open it but, it doesn’t work. I want to keep this file on cabinet.”

LOHHHHH, Doreen ke. Spontan hati ku berkata-kata. Nasib baik tak gugur jantung aku ke bawah. Ida yang duduk di sebelah aku hanya memandang bersama dengan senyumannye yang mampu menggoncangkan hati lelaki yang memandang dengan hanya sekelip mata.

“Of course can.” Confident je aku menjawab sambil mengorak langkah laju ke cabinet. Sesampai je ke cabinet yang tersebut aku pun terus menarik keluar rak yang dikatakan tak boleh dibuka langsung.

YAHHHH, YAHHHH, CISSS..langsung tak terbuka. Tak boleh jadi ni, desis hati aku. Baru nak tunjuk kepakaran membuka cabinet di hadapan Doreen. Untuk pengetahuan, Doreen merupakan staff baru TAMS dan merupakan seorang yang menjadi punca aku dicampakkan ke Account department. Dia lah orang yang telah meragut dan merampas posisi aku di Tax department. CEHHHH, padahal aku yang sukarela tuk di-transfer-kan ke Account department. KECOHLAH CIK TASHA NI!

Terkial-kial juga aku di depan cabinet neh. Ida yang dari jauh memerhati pun datang menghampiri kerana aku memeng betul-betul nampak terkial-kial tuk membuka cabinet tersebut. AHAKZ. Lalu Ida pun mengambil posisi yang cantik, skill tuk membuka cabinet kiraan aku agaknya.

PAAAP...PAAPPPP.. hempasan berbunyi di situ.

Cantik lah, punggung digunakan tuk membuka cabinet. Memang skill Ida yang begitu terkenal sekali. Namun cubaannya turut juga gagal seperti aku. Maka aku dan ida pun seperti orang meroyan yang cuba membuka cabinet tersebut. Habis bergoncang cabinet tersebut diperlakukan oleh kami. Tapi tetap diteruskan oleh kami walaupun kami tau yang cabinet itu tidak akan berjaya dibuka langsung.

“Ida, so tugasan kita hari ni baiki cabinet la erk?”

“A’ah, masuk dalam log book tau Tasha.” Balas Ida.

HAHAHA. Semua nak masuk dalam log book. Shred paper pun nak tulis dalam log book. Macam manalah laporan dalam log book tu tak meleret-leret sampai bejela-jela panjagnye. IRRELEVENT~ 

Ms. Hiew yang baru keluar dari toilet tercengang dengan perihal aku dan Ida. Manakala Doreen hanya berdiri kaku di sisi cabinet tekun memerhati. Agak siot di situ. CISSS. Dengan kelakuan kami bagai orang meroyan, Ms. Hiew memberitahu kami bahawa cabinet tersebut telah rosak dan dia telah memberitahu Zaidi mengenai kerosakan tersebut. Namun tiada tindakan dari Zaidi lagi. Lagi naik meroyanlah kami mendengarnye. Lalu Ms. Hiew mencari kunci cabinet di dalam rak yang betul-betul terletak di atas kepala di tempat duduk aku. Yeah, memang ada kunci cabinet pun di situ. Terdapat 4 kunci. Ida merampas 1 dari tangan Ms. Hiew. Aku pula meminta kunci yang ada di tangan kanan Ms. Hiew dengan penuh hemah dan sopan. Pewiiiitttt~ Apa lagi, begitu pantas aku dan Ida mencuba anak kunci tadi tuk membuka cabinet, manalah tahu kot-kot cabinet tu hanya terkunci dan bukannye rosak. Kepantasan kami bak orang yang memasuki TV show game yang sedang mencari hadiah misteri didalam peti rahsia. Bayangkan kepantasan kami tu~ Dengan kepantasan itulah, kami ditegur oleh MS. Hiew.

“Slow-slow ha, jangan sampai KUNCI KOYAK meyh.” Slumber Ms. Hiew berkata-kata sambil anak matanya memerhatikan aku. Kenapa nak pandang aku gak, aku tak bersalah.

“Huh! Kunci koyak?” soal aku kepada Ida dengan muka slenga ke-blur-an.

“Maksud dia kunci patah la.” Balas Ida dengan pincang.

HAHAHAHA. Ketawa besar aku seketika.

Usaha membuka cabinet mengunakan kunci juga nampaknya tidak membuahkan hasil. Keputusan telah di ambil untuk meletakkan fail yang ada ditangan Doreen di atas cabinet sahaja kerana ketidakberhasilan kami membuka cabinet tersebut. Aku ulang, letas atas cabinet SAHAJA! Cetttttt~ baik tak yah aku bersusah payah mengayakan orang meroyan membuka cabinet sebentar tadi. Bengkek seyh! Wahai cik cabinet saya rasa mahu mencampak anda kedalam loji pembentungan di kawasan yang terdekat yang dapat dikenal pasti iaitu Kayu Ara. Sekian~

P/S: Moral of d story, wat perkara tu tak payahlah nak mengelabah sangat. Slow-slow sudah bak kata Ms. Hiew nanti koyak pulak~ Tak pasal-pasal kerja yang dilakukan tidak mendatangkan hasil dan hanya membuang masa sahaja. Pape pun KUNCI KOYAK akan sentiasa ada dalam ingatan. TERBAIKK~ Sambung wat akaun la PEMALAS!! Bye!





Thursday 17 November 2011

TERSENTAP nokss~


Kisah ini belaku ketika aku masih di sekolah rendah. Suatu petang, kedengaran bingit dari kelas 4 Khalid Al-Walid. Tiga sekawan kelihatan sedang khusyuk bermain batu seremban. Al-maklumlah peperiksaan pertengahan tahun baru sahaja berlalu. Aku, Zuhaili dan Roslinda bersungguh-sungguh tuk membukitkan siapakah sebenarnya jaguh batu seremban Kg. Melayu Subang ketika itu. Masing-masing memasang strategi tuk menumpaskan pihak lawan. Walaupun kami merupakan kawan baik tetapi, dalam pertarungan ini masing-masing berkelakuan seperti musuh. Ketika sampai sahaja turn aku tuk mempamerkan skill, Zu membisikkan sesuatu ke telinga Ros. Tetapi bisikan itu bukan merupakan bisikan biasa. Boleh didengari oleh aku kot.

Zu:  Ce ko tengok dia main. Sampai besar biji mata dia.HAHA (sambil menjenggilkan biji mata supaya                        kelihatan besar)

Ros:  Memang besar la.HAHA (pun turut membesarkan mata)

Siot gile.

Memang bedebah la kan kawan baik aku cuba tuk psycho aku. Walaupun aku dengar bisikan yang sangat mendebahkan tu, aku mampu mengendahkannye. Dah memang hakikat aku memiliki sepasang mata yang besar pe nak diheran kan~ Hakikatnya aku tahu kawan-kawanku mencemburui ku kerana kecantikan mata ku yang besar ni. KAN~

Tapi akhirnye aku tumpas jua~Chilake..

Ros memulakan pergerakannya dengan penuh rasa bangga. TIBA-TIBA, aku mendapat satu idea yang sangat kejam. Ros masih menyelesaikan percaturannya itu seperti orang yang bertanding dalam pertandingan kalah mati. Macam la kalah game batu seremban ni mempertaruhkan hidup mati ko kan. Begitu serius sekali kiraan aku.  Aku hanya mampu memandang sinis sambil memikirkan idea jahatku yang sedang berenang-renang dalam kotak fikiran ku. Ros hampir ke point pertama. Aku memang tidak berpuas hati begitu juga dengan Zu kerana riak mukanye menunjukkan dengan jelas rasa ketidak puas hatiannye itu. Ha, aku kira ini lah masa yang sesuai untuk melaksanakan rencana jahat aku ini. Ketika sedang asyik Ros mempamirkan aksinya yang acha-acha jagohan itu aku memangil dia dengan nada keras sekali.

ROSSSSSS!

Terkejut, terperanjat dengan teriakan aku itu Ros terlopong melihat aku. Begitu juga dengan Zu. Aku mempamerkan muka yang sangat jelik dan huduh. Mata aku julingkan dan mengeluarkan gigi atas kedepan seperti gigi jongang. Ce korang bayangkan (Ala macam Halimah jongang tu la). Ros kelihatan tersentap dengan perbuatan aku, dan tumpas di situ. GAME OVER! Aku menjadi bangga. Tapi Ros begitu tersentap dengan perbuatan aku yang sangat tidak berperikemanusiaan. CISSS, aku sungguh menyesal kerana mengejek Ros yang sememangnya bergigi jongang. AMPUN~ Sekurang-kurangnya aku Berjaya dengan strategi aku.KAH, KAH, KAH. Sungguh kejam.

Sampai pula giliran kawan kita Zu. Baru sahaja memulakan permainan kelas sudah mula menjadi sangat kucar-kacir. Rupa-rupanye Ustazah sudah masuk kelas da. Nasib ko baik Zu, kalau tak ko pun jadi mangsa tomohan aku. HIHI, aku hanya tersenyum sinis memandang muka Zu yang tak sempat mempamir aksi. KEMPUNAN~

Tiba-tiba...
Satu suara besar berteriak.

“BANGUN SEMUA, ASSALAMUALAIKUM USTAZAH.” Suara ketua darjah aku da, dah tak ingat nama dia. Kikikikikiki.

Kelas pun berjalan seperti biasa.

******************************

P/S: Sayangilah kawan atau rakan baik korang. Tak baik tau kutuk-kutuk orang. Aku memang menyesal dengan perbuatan aku tu. Walaupun dah berbelas-belas tahun berlalu aku masih teringat-ingat perbuatan aku yang sangat berdebah itu. Ros dan Zu tetap dalam ingatan aku walaupun kami hanya sempat menjadi sahabat baik hingga berusia 11 tahun. Dan kini sudah 11 tahun kita terpisah, aku harap korang tak lupakan aku. Aku akan teruskan pencarian menjejaki korang walaupun terpaksa memasuki rancangan JEJAK KASIH. Wujud lagi ke rancangan tu? Semoga kita akan berkumpul kembali seperti masa lalu. Doa seorang sahabat yang merindui sahabat yang tercinta. Ameen. Alamak, TERSEDIH la pulak~ Boleh plak TERRRR~ KAN..

Tuesday 15 November 2011

Welcome

Tadaaa, selamat sudah blog baru aku ni dihasilkan.kiki..Terasa ingin menulis semula dan berkongsi cerita diblog kembali menjenggah di hati aku sejak 2 menjak ni kan~
Well, dah lama tak berbloger la katakan. Malas dan terasa semak dengan blog lama maka terlahirlah blog "KISAH DONGENG AKU" ni. Maaf ya blog lama. (Kejam tak kejam sangat la)
Orang kata kisah lama biar jadi kenangan tapi, jangan dilupakan, buat pengajaran ye adik2.huhu.


                              
Hari ini, hari ke 15 bagi bulan ke 11 dalam kalendar aku. Dan merupakan hari ke 168 aku ber-praktikal di TAMs. Ketika inilah aku boleh berjimba-jimba untuk meng-update blog kerana baru di transfer-kan ke Accounting department. SANGAT MENYEDIHKAN.! Jujurnya aku merindui Tax department. Kah3. Sangat la kan~

*****

 
Baru sebentar tadi Bos panggil aku ke ruangan biliknya. Aku dah agak apa yang akan dipersoalkan ke aku nanti. Memang tepat sangkaan aku. Pehhhhhhh, memang malas la tuk aku menyuarakan jawapan aku nanti kan. Di dalam benak aku memang tak nak sambung bekerja semasa cuti semestar bulan depan. MUKTAMAT. Tolong la faham! Bila dah demand xnak kasi pulak..brrrrrrrrr, xmungkin la aku sambung di sini kalau macam 2. Wahai bos yang baik hati tolong la ye mengerti aku memang tak mahu sambung. Harap maklum. Bukan sekali dah aku menyuarakan jawapan aku berserta demand aku yang tak seberapa. Tapi bos tetap di takuk lama mengharapkan aku bekerja tanpa ambil kira kebajikan aku sebagai pekerja. Maka aku tetap dengan keputusan aku. Say NO to .........~~~


P/S: Kalau satu hari nanti aku berjaya menjadi seorang BOS, perkara pertama sekali yang akan aku titik beratkan adalah kebajikan pekerja. Tanpa pekerja siapalah BOS kan~ Macam yang aku selalu kata kat Ibu angan- anganlah yang menjadikan siapa aku sekarang. Tapi, bukan angan-angan mat jenin ye..haha