Al-kiasahnya begini. Pada suatu malam yang dingin, oleh kerana kebosanan aku pun mengajak Haziq keluar Karoke di KTV, Klang Parade. Kami pun berjimba-jimba selama sejam berkaroke. Setelah selesai berkaroke perut pun minta di isi. Haish, perut ku sayang, lapar memanjang erk kau neh. Badan kecil tapi berselera besar. APTB~
Maka aku dan Haziq membuat keputusan untuk melantak di Restaurant Tom Yam (Nama Restaurant lupa la, lokasi bersebelahan dengan Restaurant Afnan Tom Yam, Batu Belah). Setibanya di lokasi kami pun memilih untuk duduk di luar sambil mengirup udara segar. Act, supaya senang Haziq nak smoking. Hadoi!
Setelah melabuhkan punggung di atas kerusi, dengan segera pelayan perempuan datang menghampiri meja kami untuk mengambil order.
Nak makan pe? pelayan perempuan itu bertanya.
Seperti kebiasaan Haziq yang order, sebab aku memeng tak pandai nak order makan neh. HAHA. Macam ni punya orang pun adakan. Tipulah tu. HAHA mengata diri sendiri.
Bagi nasi putih 2 orang makan, blaaa..blaaa..blaa.. (tak ingat menu yang di order)
Kak boleh tak buat telur dadar tapi tak payah letak telur? tanya Haziq.
Aik, Haziq nak wat lawak ke ni. tapi muka serious gila pulak, desis hati aku. Aku dah tahan gelak sebenarnya.
Pelayan perempuan pun jawab, Tak boleh la bang.
Haish, kenapa tak boleh plak. Boleh ke tak buat ni.? tanya Haziq lagi sekali dengan muka yang lagi serious.
Pelayan perempuan tu hanya boleh senyum je sambil memandang aku yang sedang menahan gelak.
Dan sekali lagi Haziq bertanya,
Kak boleh ke tak buat telur dadar tak payah letak telur?
Sampai tiga kali Haziq repeat the same question. Aku dah Tak leh bertahan lagi. Sambil tergelak aku bertanyakan kepada Haziq,
Are you serious nak telur dadar tak payah letak telur? Jangan nak buat lawak la you oi.
Haziq pun seakan-akan tersentap dari lamunan bila aku berkata sedemikian. HAHA. Baru dia perasan yang dia dah salah cakap. Aku dan pelayan permpuan tu pun terus gelakkan Haziq berdekah-dekah.
Sorry kak, sebenarnya saya nak telur dadar tapi tak nak letak bawang. Tersalah cakap la pulak. Blur tol. Sorry sangat-sangat ye. kata Haziq yang tengah malu.
Aku pulak memang dah tak boleh cover gelak. Aku rasa dah macam nak gelak bergolek-golek atas lantai ni je. Cian kat Haziq kena gelak ngan aku kaw-kaw punye malam tu. Siapa suruh melalut-lalut lagi. Memang kena bahan ngan aku je lah lepas ni.
Dah la tu you, I dah malu gila neh. bicara Haziq.
HAHAHA. Masalah sampai sekarang aku teringat walaupun dah setahun berlalu. Bila aku duduk sorang-sorang mesti teringat kisah ni dan aku akan tergelak sorang-sorang. Memang sengal lah. HAHA. :P
P/S: Buat Haziq, I mintak Maaf la ye. I tiba-tiba teringat kisah ni. And tertimbul pulak idea untuk mengupdated cerita ni dekat blog peribadi I ni. Kalau you terjumpa blog ni, jangan marah ya. I mintak maaf awal-awal. Kalau tak jumpe lagi bagus. Boleh I kutuk You selalu. :P

No comments:
Post a Comment